Berita & Rencana

UNDI18: Hormatlah Keputusan Dewan Rakyat

UNDI 18 adalah satu Rang Undang-Undang yang dah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat.

Waktu kita bahas tentang hal menurunkan had umur mengundi ini, saya sendiri pergi berjumpa dan berbincang dengan semua pemimpin politik kerajaan dan pembangkang.

DS Najib, Tuan Guru Haji Hadi, DS Shafie Apdal, Abang Jo, Tun Mahathir. Semua saya jumpa. Semua setuju dan beri komitmen parti masing-masing untuk sokong.

Komitmen ini juga diterjemah di dalam perbahasan dan undian Dewan Rakyat. Memang Undi18 telah mendapat sokongan majoriti besar di dalam Dewan Rakyat.

Jadi, apabila Yang DiPertua Dewan Negara Rais Yatim keluar kenyataan kata “undi 18 tahun ini tidak praktikal untuk diadakan pada musim ini”, saya rasa tidak adil dan tidak menghormati keputusan demokrasi negara.

Macammana boleh kata UNDI18 ini tak praktikal?

Macammana boleh kata perlaksanaan UNDI18 tidak lagi bersedia sebab Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri (Parlimen & Undang-Undang) YB Takiyuddin Hassan sudah beri komitmen UNDI 18 dilaksana selewat-lewatnya pada Julai 2021?

Hormatlah keputusan Dewan Rakyat. Jangan cuba bawa naratif lapuk- “UNDI18 tak praktikal”, “Orang muda tak boleh memilih masa hadapan negara” dan macam-macam lagi.

Sumber: