Pada usia 25 tahun, Syed Saddiq telah dipilih untuk berkhidmat di Muar, Johor selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 pada tahun 2018. Beliau juga telah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari Julai 2018 sehingga Februari 2020.
Syed Saddiq adalah lulusan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Felo Akademik di Temple University di bawah Dialogue Institute on the Art of Dialoguing & Religious Pluralism.
Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di bawah Lee Kuan Yew Senior Fellowship in Public Service (SFPS) di Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP).
Syed Saddiq sedang dalam misi untuk membina semula negara dengan tenaga orang muda. Pada September 2020, beliau bersama kumpulan pemimpin orang muda telah mengasaskan Parti MUDA sebagai sebuah parti politik yang menawarkan suara dan politik baharu untuk negara.