Saya memang tidak boleh bersetuju dengan kenyataan dari Menteri Sarawak ini.
The minister explained it would be difficult for her to interact normally outside as someone in her 20s with the title.
However, he assured that the state government will accord some kind of reward to the diver.https://t.co/uBLnN8iJcc
— Latest on SAYS (@saysdotcom) May 7, 2021
Kalau mahu saya kongsi sedikit pengalaman, dulu apabila saya menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, semua Menteri ditawarkan dengan pangkat Datuk/Dato’ dan ada yang terus ditawarkan dengan anugerah Datuk Seri.
Padahal belum sampai setahun berkhidmat di dalam Kabinet.
Saya memang tolak kerana saya percaya bahawa banyak lagi kerja dan tanggungjawab yang harus saya lakukan terlebih dahulu. Saya juga percaya pemberian anugerah Datuk/Dato’ ini akan mengalihkan fokus saya dari kerja sebenar.
Dulu, semua menteri ditawarkan pangkat Datuk/Dato' & ada yang terus ditawarkan Datuk Seri, walaupun berkhidmat kurang dari setahun.
Saya tolak kerana tidak layak&mahu fokus berkhidmat.
Kumpulan sama yang cepat terima Pangkat "Datuk" kini menidakkan hak mereka yang layak.
Funny pic.twitter.com/lufMLS8MvA
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 7, 2021
Saya juga ada ruang untuk mencadangkan nama penerima darjah kebesaran. Tidak ada seorang pun nama dari orang politik yang saya cadangkan.
Siapa yang saya cadangkan? Hanya kumpulan penjawat awam dan tokoh sukan. Mereka lebih layak untuk dapat anugerah Datuk/Dato’. Mereka lebih banyak berkhidmat dan menabur bakti untuk negara.
Ada juga seorang Presiden badan sukan antarabangsa yang saya cadangkan. Walaupun ada yang beritahu bahawa beliau adalah dari pimpinan UMNO, saya cadangkan juga kerana jasa dan bakti beliau dalam dunia sukan memang melayakkan beliau untuk menerima anugerah darjah kebesaran.
Saya juga dikritik oleh ahli parti sendiri kerana berbuat begini. Iyalah, ini peluang untuk naikkan rakan-rakan politik tetapi saya tolak cara begini.
Kalau sudah berbakti, layaklah. Kalau hanya tumpang nama politik, saya rasa tak sesuai begitu.
Sebab itu saya rasa hairan dengan Menteri Sarawak yang rasa atlet yang banyak mengharumkan nama negara ini tidak layak menerima darjah kebesaran.
Kalau sudah berbakti dan mengharumkan nama negara pun tidak layak terima darjah kebsaran, adakah ramai orang politik yang tergopoh-gopoh terima anugerah ini layak?
Saya memang naik hairan dengan pandangan Menteri Sarawak ini. Kumpulan sama yang cepat terima Pangkat “Datuk” kini menidakkan hak mereka yang layak.
Kalau mahu negara berubah, ubah dahulu pandangan yang merendah-rendahkan atlet negara begini.