Awal bulan ini saya melawat Sekolah Tinggi Chung Hwa di Muar bersama ahli lembaga sekolah.
Banyak hal yang kami bincangkan dengan teliti.
Antaranya soal prestasi para pelajar, kebajikan guru-guru sekolah, peranan ibu bapa dalam menjaga pendidikan anak-anak. Malah, sekarang ini ramai pelajar yang ketinggalan di sekolah kerana krisis COVID-19.
Saya ada tanggungjawab besar sebagai Ahli Parlimen Muar untuk jaga pendidikan anak-anak Muar.
Maka, pejabat saya juga sudah luluskan bantuan RM20,000 untuk Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar.
Ini juga bukan kali pertama pejabat saya salurkan bantuan untuk pendidikan di Muar.
Mei 2022 – saya salurkan bantuan RM100,000 untuk Geran Sepadan SSPN kepada 200 keluarga Muar. Masing-masing dapat buka tabung RM500 seorang satu.
November 2020 – Saya salurkan Bantuan Mahasiswa Harapan Muar. RM500 untuk 170 keluarga B40 berjumlah RM85,000 yang ada anak menyambung pengajian di universiti.
2020-2022 – Saya bantu sumbang lebih 1,730 Laptop & Tablet untuk keluarga Muar lebih mudah belajar. Semuanya percuma dan bukan pinjaman. Guna elok-elok untuk belajar.
Bantuan ini semua tak banyak dan besar. Sampai hari ini, pejabat saya masih menerima permohonan bantuan pendidikan. Saya akan usahakan supaya semua dapat manfaat dari pejabat saya.
Sekolah Tinggi Chung Hwa Muar harus menjadi model kepada banyak sekolah lain. Usaha mereka sungguh-sungguh untuk pendidikan Muar.
Jika kita bersatu sebagai sebuah komuniti dan melabur dalam pendidikan, banyak yang boleh kita capai.
Pendidikan adalah senjata yang paling hebat untuk mengubah dunia.
Terima kasih sekali lagi atas layanan dan jemputan.