Kerajaan ada wang untuk lantik seorang lagi timbalan menteri.
Untuk hal-hal politik, memang banyak cara dan daya. Nak buat mesyuarat di negeri lain, boleh. Nak buat jelajah politik, boleh. Nak tutup Parlimen pun boleh.
Kali ini, kerajaan nak lantik seorang lagi timbalan menteri untuk Kementerian Pelancongan. Bukan sahaja sekarang rakyat tidak dibenarkan melancong, tapi saya hairan bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi perut yang kosong.
Bagaimana kerajaan boleh melihat perlantikan seorang timbalan menteri pelancongan ini akan membantu rakyat mengisi perut yang kosong.
Tapi kalau untuk rakyat, memang susah dan banyak halangan.
Nak minta laptop yang dijanjikan kerajaan, sampai hari ini tak dapat. Nak tuntut bantuan e-wallet pelajar, tak tertunai lagi.
Nak mohon bantuan kewangan, kerajaan suruh buka simpanan KWSP sendiri.
Nak minta moratorium untuk tangguh sebentar bayaran kepada bank, tak lulus-lulus.
Jadi itulah keutamaan kerajaan hari ini.
Kerajaan PN lebih berfikir hal survival politik berbanding survival rakyat.
Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri syukur dapat gaji dan jawatan. Rakyat pula hilang kerja, tutup kedai, kereta dan rumah kena lelong.