SEMALAM, laman Twitter menjadi panas ekoran pendedahan beberapa pelajar Kolej Matrikulasi Perak mengenai tindakan pegawai kesihatan mengeluarkan kompaun semasa datang untuk menyiasat kes keracunan makanan di sebuah kafe di situ.
Ciapan yang disertakan dengan gambar kejadian dan kapsyen oleh @nabilAmirul4 mempersoalkan jumlah denda tersebut.
Katanya, elaun yang diterima tidak mampu untuk membayar kompaun tersebut.
student matrikulasi perak kene kurung for the whole semester but end up kkm masuk cafe pergi kompaun RM1.5k dekat student… KEPALA HOTAK DIA @KKMPutrajaya kitorang punya elaun pun 6 bulan RM1250 jeh hanat… pic.twitter.com/XILpBnGQe2
— Bel🇲🇾 (@NabilAmirul4) April 19, 2021
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam ciapannya turut tampil mempersoalkan tindakan ‘double standard’ terbabit.
Kalau pelajar, tak perlu buka kertas siasatan. Kompaun terus.
Dah banyak kali kita tegur perlaksanaan double standard macam ni. Apa salahnya tegur dulu sebelum kompaun? Apa yang susahnya?
Please explain this @KKMPutrajaya https://t.co/exavCYCYtv
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 19, 2021
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah turut memberi respon terhadap pendedahan tersebut dan mengatakan Jabatan Kesihatan Perak akan segera menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
Siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Terima kasih atas aduan ini kepada KKM dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. InshaAllah
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 19, 2021
Selain itu, terdapat juga beberapa pemilik akaun pelajar lagi yang turut mendakwa dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar SOP tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.
Ternyata pendedahan tersebut turut membangkitkan amarah warganet yang rata-rata mengatakan kompaun itu tidak wajar.