Berita & Rencana

Syed Saddiq: “83 Kluster Sektor Pendidikan: Apa Rancangan Menteri?”

83 kluster sektor pendidikan.

Sudah acap kali saya ulang tentang persediaan sekolah-sekolah untuk menerima kemasukan pelajar pada awal bulan Mac lepas. Hal wabak pandemik cukup merunsingkan saya.

Saya tidak pernah melarang sekolah dibuka, tetapi persediaannya harus rapi.

Guru-guru perlu dibekalkan dengan modul atau SOP menguruskan kelas. Sekolah perlu diberikan bahan pencegahan wabak.

Bayangkan apabila kerajaan membuat keputusan untuk membuka sekolah tanpa persediaan rapi mencegah COVID-19. Akhirnya, yang merana adalah murid sekolah dan guru-guru.

Sekarang apa tindakan lanjut Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan?

Adakah sekolah akan ditutup semula? Jika tutup, adakah para pelajar akan kembali belajar secara online dan sejauh mana persediaan negara untuk buat kelas online?

Jika sekolah dibuka, apa pula rancangannya?

Setiap hari ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah akan terpaksa membuat pertimbangan untuk mendedahkan anak mereka dengan wabak pandemik dari kluster pendidikan.

Sebab itu kita lihat berita ada ibu bapa dari sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur memilih untuk tidak hantar anak ke sekolah. Inisiatif sendiri perlu dibuat.

Menteri pula masih lagi dalam mesyuarat, bengkel, berjumpa orang politik dan sebagainya.

Sudah lebih setahun wabak pandemik ini berlaku. Saya lihat masih belum ada apa-apa perubahan yang baik dalam pengurusan sekolah waktu pandemik oleh Menteri.

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram