Berita & Rencana

Stand With Kisona

Minggu lepas kontinjen badminton Malaysia bertanding di Finland untuk Piala Sudirman 2021.

Sejak sekian lama, akhirnya Malaysia berjaya masuk ke peringkat Separuh Akhir. Kita tak pernah menang lawan pasukan Indonesia untuk Piala Sudirman, kita menang.

Kita hantar pemain muda Lee Zii Jia dapat tumpaskan pemain nombor satu dunia dari Jepun, Kento Momota.

Rata-rata pihak lawan semua ada ranking lagi tinggi dari Malaysia. Tapi kita sokong dan kita doakan team Malaysia sebab mereka wakil negara.

Mereka bawa bendera Malaysia.

Tapi baru-baru ni, ada orang politik yang ejek pemain berbangsa India. Dia kata, kenapa Malaysia hantar orang India main?

Ini pemain Women Single Malaysia, S. Kisona. Dia lawan pemain nombor satu dunia wanita, lawan pemain senior Indonesia, Gregoria Tunjung sampai rubber set.

Dia wakil Malaysia.

Kenapa dia kena ejek? Kenapa dia dicemuh?

Iya, ahli politik tu dah minta maaf. Tapi minta maaf sebab kantoi sahaja. Tak ada tindakan diambil pun. Konon-konon dia letak jawatan, tapi itu dia sendiri yang buat.

Kerajaan perlu keluar kenyataan tegas. Kalau kena hukum pun, hukumlah.

Tidak ada tempat untuk sikap perkauman dalam negara ini.

No place for racism in our country.

Sumber: