Berita & Rencana

SOP Dua Darjat Jelas Berlaku: Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman terus membangkitkan isu prosedur operasi standard (SOP) yang berbeza antara rakyat dan ahli politik kerajaan.

Beliau berkata, SOP dua darjat itu jelas berlaku berdasarkan beberapa kes yang dibangkitkan masyarakat sebelum ini.

“Isu tempoh kuarantin menteri pulang dari luar negara hanya tiga hari sehingga hari ini masih tidak diperbetulkan. Apakah berbeza jangkitan Covid-19 jika terkena pada menteri berbanding rakyat?

“Kita juga dapat lihat beberapa pelanggaran SOP lain oleh menteri sehingga hari ini masih dalam proses untuk tindakan diambil yang saya yakin jika pembangkang atau saya lakukan, tentu sudah dikenakan tindakan.

“Berbanding rakyat yang dikenakan tindakan denda serta merta. Pelajar yang memakai pelitup mulut di dagu dikompaun, wanita keluar dari kereta di tempat tidak sesak juga didenda kerana tidak memakai pelitup mulut,” katanya ketika Program Berani Semuka bertajuk ‘PKP, Rakyat Terabai? YB Sila Jawab’ di Karangkraf di sini pada Selasa.

Program dikendalikan Saiful Nizam Ismail itu turut menampilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin sebagai panelis.

Syed Saddiq berkata, pemimpin kerajaan sepatutnya turut akur dengan SOP yang ditetapkan.

“Kita perlu akui untuk dapatkan rakyat yang mengikut SOP kerajaan perlu memimpin melalui tauladan,” katanya.

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram