Berita & Rencana

Solidariti bersama Sabah dan Sarawak

Apabila berita anggota polis yang bermasalah kena hantar ke Sabah dan Sarawak ini, saya sendiri juga rasa kecewa.

Sudah tentu juga – respons dari pimpinan di Sabah dan Sarawak adalah tepat sekali.

“Tolonglah. Sabah, Sarawak bukannya tong sampah.”

Hentikan amalan sebegini. Jika ada anggota yang bermasalah, ada rekod jenayah dan salahlaku – ambil tindakan tegas kepada mereka dan bukannya tukar alamat bekerja. Tak kisah lah tukar ke Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu dan sebagainya.

Jangan hantar pegawai yang bermasalah ini. Hukum sahaja mereka.

Kalau hanya tukar alamat bekerja, masalah pasti tidak akan selesai-selesai.

Sabah dan Sarawak adalah dua negeri yang perlu kita jaga – seperti juga negeri lain. Susah senang bersama, bukan dianaktirikan dan dibeza-bezakan layanan.