Berita & Rencana

PKP 3.0: Kenapa Nak Hukum Sektor Sukan?

Penyumbang paling besar wabak COVID-19 adalah dari Kilang, iaitu 48.06%.

Tapi yang kena tutup adalah padang bola, pusat rekreasi dan kawasan riadah. Kenapa tak tutup kilang? Kenapa tak hukum pengusaha kilang?

Akhirnya, yang kena kurung adalah rakyat.

Tahukah Timbalan Menteri bahawa risiko jangkitan COVID-19 di kawasan terbuka seperti padang bola dan pusat rekreasi adalah 18 kali ganda lebih rendah dari kawasan indoor?

Kenapa perlaksanaan PKP sebelum ini membenarkan rakyat untuk keluar jogging, rekreasi, beriadah boleh? Sekarang apabila ada PKP, tiba-tiba tak boleh?

Kenapa nak hukum sektor sukan? Ini yang saya sebut Kerajaan apabila membuat keputusan, tak ikut sains dan data.

Macammana dalam situasi yang sama, ada dua perlaksanaan yang berbeza?

Mungkin nampak kecil untuk Timbalan Menteri, tetapi apabil pengusaha padang bola sepak misalnya, perlu ditutup kerana keputusan melulu kerajaan, ianya akan menyusahkan dan menyukarkan pengusaha?

Ada saya tengok sampai perniagaan hampir muflis.

Yang tak muflis? Kilang-kilang besar. Padahal 48.06% kes COVID-19 adalah daripada mereka.

Timbalan Menteri ikutlah tauladan Menteri. Menteri pun setuju bahawa SOP sukan dan rekreasi harus disemak semula. Cari pendekatan yang lebih wajar.

Apa pula yang menghalang Timbalan Menteri?

Sumber: