Menteri Kewangan kata kerajaan tak kawal bank, jadi tak boleh laksanakan moratorium automatik kepada rakyat.
Ini buat saya naik hairan.
-
Negara hari ini telah diisytihar darurat kerana kononnya mahu melawan wabak pandemik dan melindungi rakyat.
Di bawah Proklamasi Darurat, Kerajaan telah menggantung Parlimen. Bukan itu sahaja, kerajaan sudah luluskan juga penggunaan wang persekutuan tanpa kelulusan Parlimen.
Maksudnya apa? Kerajaan boleh buat apa yang dirasakan perlu untuk rakyat pada waktu darurat TERMASUKLAH menyuruh bank membuat moratorium automatik kepada rakyat.
Takkan itu pun tak boleh? Apa fungsi darurat kalau ini sahaja respons Menteri Kewangan?
-
Waktu kerajaan umum PKP 1.0, bank boleh sahaja laksanakan moratorium penuh kepada rakyat secara automatik.
Tiba-tiba pada PKP 3.0, bank sudah tidak boleh boleh buat lagi secara penuh kerana kononnya Kerajaan tak kawal bank.
Hairan saya. Sekejap kerajaan berjaya buat moratorium penuh, sekejap kata tak boleh sebab tak kawal bank. Adakah rakyat itu hanya susah, lapar dan sakit pada PKP 1.0 dan bukan PKP 3.0 ini?
-
Bank sebenarnya mampu melakasakan moratorium penuh kepada rakyat.
Waktu bank buat moratorium penuh pada PKP 1.0, bank masih catat untung besar.
Kalau kita tengok keuntungan bersih bank di Malaysia pada suku pertama 2021:
- Maybank- Untung naik 16%
- CIMB Bank- Untung naik 384%
- Public Bank- Untung naik 15%
- Hong Leong Bank- Untung naik 44%
- RHB Bank- Untung naik 14%
Jadi apa yang halang bank dari buat moratorium penuh? Untung dapat, duit pun dapat.
Malangnya, Menteri Kewangan hanya beri alasan, “Kerajaan tak kawal bank”.
Selesai. Cuci tangan. Tutup lampu pejabat.