Menteri Pendidikan dan Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan: Undurlah.
Pagi tadi saya dan rakan pimpinan pembangkang telah menyerahkan satu kenyataan media yang menekankan keadaan pengurusan sekolah pada waktu COVID-19 ini dilihat semakin caca merba.
Bayangkan sejak 4 bulan lepas, sektor pendidikan terpaksa melalui 83 Kluster dengan 49 Kluster masih lagi aktif.
Di Johor, 27 sekolah telah ditutup.
Di Selangor, 19 sekolah telah ditutup.
Ada lebih 4,868 kes COVID-19 di sekolah.
Ada 83 kluster sektor pendidikan.
Ini bukan jumlah yang kecil. Sekarang, hari-hari kita sudah baca kes COVID-19 di sekolah.
Saya sudah beberapa kali minta Menteri Pendidikan & Menteri Kesihatan buat dulu persediaan rapi sebelum buka sekolah. pic.twitter.com/7xnXsPeXPr
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 21, 2021
Ini adalah satu kegagalan.
Sekolah ditutup. Apa rancangan Menteri dan 2 Timbalan Menteri Pendidikan? Rancangan untuk PDPR tidak ada, 150,000 laptop belum dapat. Masalah tahun lepas akan kembali berulang lagi.
Apa lagi yang tinggal untuk anak-anak murid dan guru? Ibu bapa di beberapa buah sekolah telah sendiri mengambil inisiatif untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah kerana risau dengan wabak pandemik.
Pencapaian ✨Radzi Jidin✨ sebagai Menteri Pendidikan dalam masa 4 bulan:
❗️83 Kluster Sektor Pendidikan
❗️4,868 kes COVID-19 di sekolah
❗️27 sekolah ditutup di Johor
❗️19 sekolah ditutup di SelangorKalau prestasi macam ni di syarikat, dah lama kena buang kerja. pic.twitter.com/SHIdSjsOXN
— Parti MUDA (@mudawangsamaju) April 21, 2021
Ini adalah situasi yang gagal.
Kepada Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan, undurlah.