Berita & Rencana

Menteri Kewangan Harus Fokus Pada Gaji Bermaruah, Bukan Minta Rakyat Ikat Perut

  1. Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan berkenaan 40% golongan milenial yang berbelanja melebihi kemampuan sendiri adalah tidak wajar, tidak sensitif dan tidak menjawab kepada isu kewangan sebenar yang dihadapi oleh milenial di negara kita.

 

  1. Menteri Kewangan juga harus membawa fokus sebenar masalah kewangan golongan milenial iaitu pada isu Gaji Bermaruah. Setiap satu langkah, cadangan dan dasar yang dibuat oleh Kementerian Kewangan harus dibuat dengan tujuan untuk menyediakan Gaji Bermaruah kepada rakyat.

 

  1. Malangnya, Menteri Kewangan mendakwa rakyat gagal untuk mempunyai simpanan wang yang kukuh kerana kononnya rakyat boros berbelanja dan bermewah dengan pakaian baru, telefon dan PS5. Ini bukan satu respons yang rakyat mahukan dari Menteri Kewangan.

 

  1. Malah, Menteri Kewangan juga harus sedar bahawa gaji yang diraih oleh rakyat Malaysia tidak dapat menampung kos sara hidup yang meningkat setiap tahun. Adakah terus jimat berbelanja adalah jawapan Menteri Kewangan kepada isu kos sara hidup yang makin meningkat?

 

  1. Tumpukan usaha kepada Gaji Bermaruah yang harus dinikmati rakyat. Tingkatkan kadar upah untuk setiap kerja yang rakyat lakukan.

SYED SADDIQ ADALAH AHLI PARLIMEN MUAR DAN PENGASAS MUDA.