Berita & Rencana

Kerajaan Umum PKP Tanpa Bersandarkan Data

Apabila kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan semula PKP, kita dapat lihat ia dibuat tanpa bersandarkan kepada kajian sains dan data yang tepat.

Saya sendiri tidak pasti apakah kayu ukur yang digunakan oleh kerajaan.

Contohnya, pada 4 Mei 2021, kerajaan telah umumkan PKP di 6 daerah seluruh Selangor (Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang). Persoalan timbul, mengapa Kuala Lumpur tidak disenaraikan sekali sedangkan kes di Kuala Lumpur lebih tinggi?

Tiba-tiba, pada 5 Mei 2021, kerajaan umumkan pula Kuala Lumpur sebagai kawasan PKP. Adakah keputusan ini dibuat kerana ramai yang meminta penjelasan kerajaan atau ia dibuat mengikut data dan sains?

Sekejap macam ini, sekejap macam itu. Itu satu.

Satu lagi, adakah kerajaan sedar bahawa hampir separuh dari Kluster COVID-19 adalah berpunca dari KILANG, iaitu 48.06%? Kluster awam yang lain jauh lebih rendah berbanding kilang.

Tetapi, mengapa tindakan kerajaan umumkan PKP tidak tertumpu kepada kawasan Kilang? Mengapa peniaga dan penjaja bazar pula yang terjejas? Atau mereka yang perlu tutup kedai lebih awal kerana pengumuman PKP?

Kalau kerajaan bekerja mengikut data, pasti Kilang akan menjadi tumpuan usaha melawan COVID-19. Malangnya itu tidak berlaku.

Jadi, yang perlu tanggung kesusahan bersama ini adalah rakyat. Menteri hanya pandai umum PKP dan tutup kedai.

Yang rugi rakyat. Yang tidak membaca data, Menteri.

Sumber: