Kempen ini telah berjaya membantu hampir 200 buah keluarga di Parlimen Muar dan sasaran yang ingin dicapai adalah sumbangan kepada 500 buah keluarga.
Parlimen Muar juga telah menerima sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia untuk membantu menjayakan kempen ini. Pada penghujung tahun 2020, Syed Saddiq telah melancarkan cabaran #BotakChallenge untuk meraih RM200,000 bagi membiayai pembelian 100 buah laptop.
Cabaran ini telah berjaya mencapai sasaran. Malah, Parlimen Muar juga telah menerima sumbangan laptop secara in-kind dari rakyat Malaysia.
Ruang untuk menyumbang masih lagi terbuka untuk semua. Jika berminat, boleh sumbang di akaun Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar: (CIMB – 8603323060) atau berhubung dengan kami di Pejabat Parlimen Muar.
Inisiatif Dermasiswa Harapan Muar telah mula dilancarkan sejak tahun 2018. Kita tahu bukan mudah dan bukan senang
untuk semua pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Jika ada pun, ramai pelajar yang tidak mampu untuk meneruskan hasrat mereka akibat kekangan ekonomi. Jadi, kami telah lancarkan inisiatif untuk membantu para pelajar yang layak ke IPT untuk menerima bantuan wang bagi memastikan sekurang-kurangnya mereka dapat pergi mendaftar di IPT masing-masing dan beban kewangan dapat diringankan.
Kumpulan sasaran kami sudah tentulah keluarga yang berpendapatan kecil, berasal dari Parlimen Muar dan anak-anak mereka layak masuk ke IPT.
Selagi boleh bantu, kita bantu!
Beginilah kepercayaan yang kami pegang di Parlimen Muar. Rakyat Muar adalah golongan bekerja yang rajin, jujur dan bertanggungjawab untuk memastikan ekonomi Muar tumbuh dengan sihat.
Kami juga sedar bahawa walaupun ramai yang rajin dan bekerja keras, mereka masih lagi berpendapatan kecil dan sederhana kecil. Maka, tanggungjawab yang kami pikul sejak tahun 2018 adalah memastikan kehidupan mereka lebih sejahtera dan beban untuk hidup dapat dikongsi sama.
Food Bank Parlimen Muar adalah inisiatif untuk menyediakan makanan di atas meja rakyat Muar. Jika ada yang lapar, kita sediakan keperluan asas. Beras, tepung gandum, gula, minyak masak. Ini semua kami sediakan untuk mereka yang kurang bernasib baik dalam ekonomi.
Jika ada yang memerlukan, singgah sahaja ke Pejabat Parlimen Muar. Jika tidak berkemampuan pun, usah risau. Team Parlimen Muar memang sentiasa bertugas dan menziarah rakyat Muar yang memerlukan.
Ada banjir yang berlaku setiap musim tengkujuh. Tapi kadang kala, Muar juga menerima jumlah air hujan yang besar
sehingga menyebabkan banjir kilat. Benar, antara punca banjir kilat kerap berlaku juga adalah kerana masalah sistem saliran dan perparitan. Namun, ia tidak menafikan tanggungjawab yang harus segera dilunaskan untuk membantu mangsa banjir.
Parlimen Muar sentiasa bersedia untuk membantu pihak berkuasa dan rakyat Muar menghadapi banjir. Kami membantu sediakan keperluan asas kepada mangsa banjir, membaiki rumah yang rosak, membersihkan kawasan yang telah dilanda banjir serta menyediakan kawasan penempatan sementara hasil usaha pihak pengurusan bencana di Muar.
Untuk membantu kami bersedia dengan lebih baik, boleh turut menyumbang di akaun Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar: (CIMB – 8603323060) atau berhubung dengan kami di Pejabat Parlimen Muar sebagai sukarelawan.
Kempen ini telah berjaya membantu hampir 200 buah keluarga di Parlimen Muar dan sasaran yang ingin dicapai adalah sumbangan kepada 500 buah keluarga.
Parlimen Muar juga telah menerima sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia untuk membantu menjayakan kempen ini. Pada penghujung tahun 2020, Syed Saddiq telah melancarkan cabaran #BotakChallenge untuk meraih RM200,000 bagi membiayai pembelian 100 buah laptop.
Cabaran ini telah berjaya mencapai sasaran. Malah, Parlimen Muar juga telah menerima sumbangan laptop secara in-kind dari rakyat Malaysia.
Ruang untuk menyumbang masih lagi terbuka untuk semua. Jika berminat, boleh sumbang di akaun Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar: (CIMB – 8603323060) atau berhubung dengan kami di Pejabat Parlimen Muar.
semua.
Inisiatif Dermasiswa Harapan Muar telah mula dilancarkan sejak tahun 2018. Kita tahu bukan mudah dan bukan senang
untuk semua pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke menara gading.
Jika ada pun, ramai pelajar yang tidak mampu untuk meneruskan hasrat mereka akibat kekangan ekonomi. Jadi, kami
telah lancarkan inisiatif untuk membantu para pelajar yang layak ke IPT untuk menerima bantuan wang bagi
memastikan sekurang-kurangnya mereka dapat pergi mendaftar di IPT masing-masing dan beban kewangan dapat
diringankan.
Kumpulan sasaran kami sudah tentulah keluarga yang berpendapatan kecil, berasal dari Parlimen Muar dan anak-anak
mereka layak masuk ke IPT.