Berita & Rencana

Jalan Tegak, Steven Sim!

Tak semua benda perlu dikaitkan dengan isu bangsa dan agama. Lebih lebih lagi bila bercerita tentang hal membantu rakyat susah dan membuat kebaikan.

Saya sendiri ada banyak pengalaman peribadi berkerja bersama dengan YB Steven Sim Chee Keong sewaktu kami berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.

Sepanjang kami berkhidmat, YB Steven tak pernah sekali pun menggunakan pangkat dan kedudukan beliau untuk tujuan menyebarkan dan mempromosikan agama Kristian.

Tidak pernah sekali pun YB Steven berkhidmat dengan memilih kasih tentang agama dan bangsa.

He served and worked for the people. Regardless of their background, race and religion.

YB Steven cukup giat membantu membela nasib atlet atlet Negara tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Semua sama sahaja. Semua anak Malaysia. Semua tanggungjawab kami.

Bila saya lihat YB Steven membantu rider food panda dan memberikan laptop di kawasan beliau, saya tidak melihat seorang cina kristian cuba berdakwah. Tapi apa yang saya nampak adalah seorang manusia yang ikhlas ingin membantu rakyat yang sedang susah.

Fastabiqul Khairat. Berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan. Itu yang saya sentiasa pegang.

Jadi jangan lihat pada warna kulit dan agama pemberi. Tapi lihat pada bakti dan kebaikannya. Semoga kita semua dapat belajar dari YB Steven dan terus membantu tanpa mengira bangsa.

Untuk sahabat saya YB Steven, jalan tegak! I am and will always be amazed at all your good work

Sumber: