Masalah apabila berbincang soal krisis harga barang naik ini adalah tidak ada kesungguhan dari kerajaan untuk segera buat sesuatu dan kawal harga barang.
Pembangkang mahu bahas usul harga barang di dalam Dewan Rakyat HARI INI.
Tak boleh tangguh-tangguh, tak boleh tunda dan alih perbincangan di Kamar Khas. Segera buka perbahasan di dalam Dewan Rakyat.
Tapi usul ini diputuskan untuk dibuat di dalam Kamar Khas.
Buatnya bila? Tak tahu.
KPDNHEP tidak tergesa-gesa mengenakan harga maksimum ke atas barangan. pic.twitter.com/WXv8M55prx
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 30, 2021
Sehingga hari ini, respons menteri apabila berbicara hal harga barang apa?
“Oh, tak boleh tergesa-gesa kawal harga barang.”
“Ah, betul kita sedar harga barang naik.”
“Ya, ada banyak tempat harga sayur dan ayam naik 2-3x kali ganda”.
Masalah bila nak bincang harga barang ni adalah Menteri-Menteri tak bersungguh-sungguh nak jawab isu ini.
Pembangkang mahu bahas usul harga barang di dalam Dewan Rakyat HARI INI. Tak boleh tangguh, tak boleh tunda & tunggu Kamar Khas.
Lama mana rakyat nak kena tunggu Menteri?? pic.twitter.com/X8NhdNj1BR
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 2, 2021
Jadi, kalau dah tahu, segeralah bertindak. Tahu tapi tak buat apa-apa ni tak memberi impak kepada harga barang.
Rakyat dah memang susah, kena ikat perut sementara tunggu Menteri-Menteri duduk bahas dan bincang ikut jadual masing-masing. Buatlah kerja lebih masa, overtime, nak selesaikan hal ni.
Kenapa susah sangat? Nak tunggu sampai bila baru Menteri nak buat mesyuarat khas, nak bincang dalam Dewan Rakyat baru nak kawal isu harga barang?
Kalau Menteri guna Vellfire, lulus cepat-cepat!
Nak guna RM38.5 juta untuk kediaman PM, lulus!
Nak lantik politicians jadi duta, lantik!
Tapi nak kawal harga sayur, harga roti, harga bahan mentah, tunggu dulu…..
Tak boleh tergesa-gesa……
😴😴😴😴 pic.twitter.com/N0AaA64dwL
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 30, 2021