Apabila saya ulas tentang jumlah RM10,000 perlu dibayar kerana langgar SOP, ada orang perli saya balik.
“YB, siapa suruh orang langgar SOP”, “YB ni nak galakkan semua orang langgar SOP ke nak denda sikit-sikit”, “Habis tu takkan nak denda bersih kelas kalau langgar SOP”.
Pertama, saya setuju memang harus ada hukuman dan denda kepada mereka yang langgar SOP.
Masuk kedai, scan MySejahtera.
Keluar rumah, pakai pelitup muka.
Kalau positif COVID-19, patuhi arahan kuarantin.
Semua SOP kena patuh. Betul lah.
Masalahnya, mengapa hukuman ini terlalu melampau? RM10,000 bukan jumlah yang kecil. Boleh buat modal meniaga, bayar sewa rumah berbulan-bulan, bayar makan minum keluarga.
Sebelum ini banyak kes terpencil tapi kena denda RM1,000. Ada pelajar turunkan mask di stesen keretapi, kena denda RM1,000. Ada seorang kakak keluar kereta tak pakai mask, kena denda RM1,000. Ada penduduk di Sabah kena denda RM1,000 seorang kerana naik bas melebihi kapasiti penumpang.
Habis, kalau mereka kena denda sekarang, kena bayar RM10,000? Melampau sungguh.
Kalau nak merayu jumlah denda, macam-macam proses rakyat kena buat.
Semalam sahaja, ada 330 individu kena denda RM10,000 seorang. Maksudnya, sudah cecah RM3.3 juta jumlah denda semalam sahaja. Melampau lah begini.
Hukuman SOP adalah untuk memberi peringatan, bukan untuk memiskinkan dan menyusahkan mereka cari wang besar begitu.
Lagi sedih sebab kita semua tahu yang Menteri kehulu kehilir dan langgar SOP tak berhadapan dengan hukuman begini.