Darurat sudah 100 hari.
Tetapi apa yang telah kerajaan capai hasil pengisytiharan darurat?
Darurat diisytihar kerana ada sesuatu hal yang cemas dan perlu dipulihkan dengan segera. Contohnya dalam hal ini, darurat diisytihar kononnya untuk melawan COVID-19.
Jadi kita harus jangka dengan mengisytiharkan darurat, kes COVID-19 akan berkurangan. Pesakit akan diberi perhatian penuh. Kluster di seluruh negara akan makin lama makin sikit.
Tetapi benarkan hal ini berlaku?
Kelmarin baru sahaja Menteri Kesihatan maklum bahawa sejak 4 bulan lepas, ada 83 Kluster Sektor Pendidikan dengan 49 Kluster masih aktif.
Ada 83 kluster sektor pendidikan.
Ini bukan jumlah yang kecil. Sekarang, hari-hari kita sudah baca kes COVID-19 di sekolah.
Saya sudah beberapa kali minta Menteri Pendidikan & Menteri Kesihatan buat dulu persediaan rapi sebelum buka sekolah. pic.twitter.com/7xnXsPeXPr
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 21, 2021
Di Johor, 27 sekolah telah ditutup.
Di Selangor, 19 sekolah dah ditutup.
Itu baru Kluster Sektor Pendidikan.
Ismail Sabri juga dah maklum pada 12 April 2021 bahawa negara akan berhadapan dengan Gelombang Keempat COVID-19.
Ismail Sabri Beri Amaran Risiko Gelombang Keempat COVID-19 Di Malaysiahttps://t.co/OdJfjkpHHW
— VOCKET (@thevocket) April 13, 2021
Di Kelantan, sekurang-kurangnya 7 kawasan (Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah) telah diisytihar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kes COVID-19 naik mendadak.
Semalam (22 April) KKM umum ada 2,875 kes baru.
#COVID19 update for April 22. Malaysia recorded 2,875 new positive cases with 7 deaths. @WHOWPRO pic.twitter.com/OpnE6xVIue
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) April 22, 2021
Jadi, apa fungsi darurat? Adakah kerajaan sedang menipu diri sendiri dan beranggapan asal isytihar darurat, negara akan pulih?
Ini cara dan pandangan yang sudah terbukti salah.
Jadi, doakan permohonan Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menamatkan darurat akan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
InsyaAllah.