Berita & Rencana

Dana Palestin: Tak Perlu Salur Ke Akaun Parti Politik

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan tindakan Pas yang menggunakan akaun bank parti berkenaan untuk menerima dana dan sumbangan kemanusiaan buat rakyat Palestin.

Merasakan parti politik tidak perlu menjadi orang tengah, Syed Saddiq menggesa orang ramai ingin menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian melalui pertubuhan-pertubuhan sedia ada yang mendapat pengiktirafan.

“Kenapa nak salur bantuan dan sumbangan melalui akaun parti politik? Saya seru orang ramai untuk sumbang terus ke pertubuhan yang diiktiraf.

Perlu ada ketelusan dalam mengisytiharkan dana yang dikutip dan disalurkan ke Palestin. Parti politik tak perlu jadi orang tengah,” ciapnya di laman Twitter miliknya pada Sabtu.

Sejak Jumaat, Pas di peringkat negeri termasuk Kedah dan Selangor dilaporkan melancarkan kutipan derma untuk membantu kesengsaraan umat Islam di Palestin yang kini berdepan dengan serangan rejim Zionis Israel.

Sumber: