Berita & Rencana

Cuti belajar: ‘I don’t deserve to keep my salary’ – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan memulangkan kesemua gaji bulan Mac beliau bagi kegunaan di kawasannya.
Keputusan itu dibuat beliau atas rasa tanggungjawab selepas beliau membuat keputusan untuk menghabiskan pengajiannya di Singapura selama satu bulan.
Alhamdulillah, saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh. “Sejak September 2020 saya telah mulakan Kursus Eksekutif dalam Polisi Awam di NUS. Sebelum ini kelas semua dibuat secara atas talian, tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura.

“Saya akan berada di sana selama sebulan, bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial.

Jelasnya, beliau tidak layak untuk menerima bayaran gaji tersebut dalam tempoh pengajian penuh di sana.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat.”

“Saya harap pengajian saya dalam bidang Polisi Awam ini dapat menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya. Tambah beliau, sejak pengisytiharan darurat, pihak Parlimen Muar telah berjaya mengagihkan komputer riba dan tablet kepada lebih 765 buah keluarga, manakala 5,500 keluarga menerima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.
Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram