Semalam ada 360 orang meninggal dunia dari COVID-19. Dari jumlah itu, 85 dikalsifikasikan sebagai “Brought-In-Dead” (BID).
Ringkasan kes kematian baharu #COVID19, 8 Ogos 2021.
360 kes kematian dilaporkan dan 85 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. pic.twitter.com/Q2XPnlWu5C
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) August 8, 2021
Maksudnya, 85 orang pesakit telah meninggal sebelum sempat dikejarkan ke hospital. Meninggal di rumah. Hospital tidak sempat bawa pasukan perubatan dan ambulans, dah meninggal di rumah.
Itu semalam, 8 Ogos.
7 Ogos, 210 orang meninggal dunia.
6 Ogos, 160 orang meninggal dunia.
5 Ogos, 164 orang meninggal dunia.
4 Ogos, 257 orang meninggal dunia.
3 Ogos, 195 orang meninggal dunia.
2 Ogos, 219 orang meninggal dunia.
1 Ogos, 160 orang meninggal dunia.
Sebanyak 360 kes kematian baharu dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan ia kes kematian harian tertinggi setakat penularan wabak COVID-19 di dalam negara.
Ikuti berita terkini di https://t.co/Ia2kVam8YD#AWANIterkini#HapusCOVID19 pic.twitter.com/6wqgNIEkIQ
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) August 8, 2021
Dalam masa 8 hari bulan Ogos, 1,725 nyawa terkorban dari COVID-19.
Jumlah kematian dah cecah 10,749 orang.
Tapi perdana menteri umum “kemudahan” untuk individu yang terima vaksin dos lengkap untuk rentas negeri, dine in, buka club house dan lain-lain.
Tapi sehingga 8hb Ogos 2021, hanya 26.9% populasi negara yang sudah terima 2 dos lengkap.
Maksudnya hanya sekitar 1 per 5 rakyat yang ada dos lengkap.
Perdana Menteri sepatutnya fokus dan buat pengumuman untuk bantu hospital dan petugas kesihatan. Hospital sudah banyak yang tidak boleh terima pesakit kerana wad penuh, tidak cukup kakitangan, tidak cukup kelengkapan.
Saya juga banyak baca pengalaman banyak MPs dan ADUNs yang berhadapan dengan situasi – Rakyat call ambulans, tapi ambulans tak cukup untuk dihantar ke rakyat yang sedang sakit.
This is real.
Strategi kerajaan harus serius untuk lawan COVID-19.
Malangnya, kita akan baca lagi banyak berita kematian dan dijangka ia akan berterusan lagi.
Sekolah pula nak buka September. Kurang sebulan lagi.
Dalam masa 8 hari dalam bulan Ogos, 1,725 nyawa terkorban dari COVID-19.
Jumlah kematian keseluruhan dah cecah 10,749 orang.
Sekolah pula nak buka 1 September. Kurang sebulan lagi ni. Hari ni dah 9 Ogos.
Kerajaan BETUL-BETUL bersedia atau tidak untuk sekolah dibuka?? pic.twitter.com/5pNgHJSTJK
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 9, 2021
Itu apa pula strategi kerajaan?
Murid sekolah masih belum divaksin.