Berita & Rencana

Benjamin Netanyahu: Penjenayah Perang Paling Dikehendaki

1. Benjamin Netanyahu kini merupakan penjenayah perang yang paling dikehendaki.

Penting bagi kita mengambil perhatian dan melihat mengapa Netanyahu berkelakuan sedemikian dan mengambil pengajaran daripadanya.

2. Sejak 4 pilihan raya dalam tempoh 2 tahun yang lepas, Benjamin Netanyahu masih bergelut untuk membentuk kerajaan yang sah.

Tempoh dan tarikh luput untuk Netanyahu membentuk kerajaan gabungan telah pun tamat dan kini kuasa kepimpinan berada di tangan pemimpin “centrist”, Yair Lapid.

3. Bukan sahaja Netanyahu hilang cengkaman pada kuasa tetapi Netanyahu juga menghadapi pelbagai tuduhan jenayah seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah.

Netanyahu sudah berada di hujung perjalanan karier politiknya.

4. Netanyahu kini didakwa menerima pelbagai “hadiah” daripada Arnon Milchan, seorang penerbit filem Israel Hollywood dan James Packer, seorang jutawan Australia.

Kedua-duanya kemudian menerima pelbagai habuan dari Netanyahu sewaktu Netanyahu memerintah.

5. Bukan itu sahaja, Netanyahu juga dikaitkan dengan Arnon Mozes, seorang ahli perniagaan dan pemegang saham kawalan kumpulan media Yedioth Ahronoth.

Kedua-duanya bersetuju untuk saling membantu untuk memajukan agenda masing-masing.

6. Yang paling teruk, Netanyahu menggunakan kuasa sebagai pemerintah dan pihak berkuasa untuk mempromosikan perkara-perkara mengikut kehendak Shaul Elovitch- seorang taikun telekomunikasi.

7. Ini adalah individu yang terdesak dari segi moral untuk berpaut kepada kuasa dan ingin memastikan bahawa dia boleh terus melarikan diri dari mata undang-undang.

8. Oleh kerana kerajaan baru Yair Lapid sudah hampir boleh membentuk sebuah kerajaan, dan tidakpun menyenaraikan Netanyahu di dalam kerajaan baru

– jelas sekali bahawa Netanyahu perlu melakukan sesuatu untuk survival politiknya.

9. Sebab itu Netanyahu mengarahkan rampasan lebih banyak tanah di Baitulmuqaddis. Ini mendorong tindak balas daripada rakyat Gaza dan organisasi Hamas.

10. Netanyahu mengambil kesempatan ini untuk meletakkan negaranya dalam keadaan darurat, menangkap mana-mana penunjuk perasaan yang tidak bersetuju dengan tindakan ketenteraannya semata-mata untuk terus kekal berkuasa.

11. Ini adalah seorang lelaki yang kehilangan kuasanya terdesak untuk menyelamatkan diri sendiri dan sanggup menggunakan nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah untuk berbuat demikian.

Doa saya bersama rakyat Palestin. Semoga Allah memberkati mereka.

Sumber: