Berita & Rencana

Belanja Sampai RM50.2 Bilion: Bentang Laporan MRT3 di Parlimen

RM50.2 bilion untuk bina 31 stesen MRT3 sejauh 53 kilometer.

Anggaran perbelanjaan adalah sekitar RM1 bilion untuk setiap kilometer.

Walaupun saya sokong naik taraf sistem pengangkutan awam (saya pun selalu naik LRT), tapi kerajaan kena kaji juga perbelanjaan sampai RM50.2 bilion untuk jarak 53 kilometer ini.

Ramai cadangkan untuk kerajaan fokus kepada sistem bas awam yang lebih murah, akses yang lebih luas dan boleh dibina di lebih banyak bandar.

Saya buat perbandingan pula dengan sistem bas awam (BRT) di Jakarta.

Di Jakarta, sistem Transjakarta BRT yang memakan kos US$1.1 bilion (sekitar RM4.9 bilion) untuk jarak lebih 225km dan dapat menampung 700,000 penumpang sehari.

https://www.itdp.org/2019/07/15/transjakarta-study-success/

Di Malaysia, RM50.2 bilion untuk jarak 53 kilometer.

Jadi soalan saya kepada kerajaan – adakah kerajaan sudah kaji kos yang ditanggung untuk bina MRT3 yang bukan sahaja terhad jaraknya, jumlah stesen yang sedikit malah ia menggunakan wang rakyat?

Ini duit rakyat. Kena rancang betul-betul sebelum belanja besar.

Tepuk dada semaklah fakta yang ada.