Saya bekerja untuk rakyat Muar.
Sedar tak sedar, sudah 3 tahun saya diberi amanah untuk bekerja sebagai wakil rakyat Muar.
Waktu saya berkhidmat sebagai Menteri, Muar saya jaga.
Waktu saya turun jawatan dan jadi bekas Menteri, Muar saya bela.
Sekarang saya bersama MUDA, Muar tetap saya pelihara.
Itu amanah dan tanggungjawab yang saya harus pikul. Amanah rakyat jangan dikhianati.
Bersama komuniti Nelayan di Parit Jawa. Kalau datang Muar mesti singgah Pantai Leka, tempat lawa! https://t.co/VMd2KmVySK
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2018
Sejak 3 tahun lepas (dari waktu saya menjadi calon PRU14), saya memang suka pergi rumah ke rumah, kampung ke kampung. Bagi saya, berjumpa dan melihat sendiri hidup orang Muar adalah satu kepuasan dan memberi saya semangat untuk jaga Muar dengan lebih baik.
Sepanjang 3 tahun di Muar, saya juga cuba bawa perubahan besar untuk manfaat rakyat Muar.
Semua Masjid diberikan peruntukan RM10 ribu, Hab Anak Muda dibina dengan kos RM25 juta, Jeti Sarang Buaya kita baiki sehingga RM100 ribu, Dewan Baru Sekolah dibaik pulih sampai RM250 ribu. Sudah lebih 1,000 keluarga terima bantuan FoodBank. Gelanggang sukan dibaiki sehingga RM160 ribu.
Melawat gelanggang-gelanggang yang telah siap dinaiktaraf, antaranya:
✅gelanggang futsal di Taman Jauhari
✅gelanggang sepak takraw di Parit Haji Ali
✅gelangang futsal, badminton dan bola jaring di Kompleks Penghulu Sungai Balang.
I want the best for Muar❤️#YangBerkhidmat pic.twitter.com/SpCtyFl89g
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 30, 2019
Pasar Baru Parit Jawa diluluskan waktu saya menjadi wakil rakyat. Kos cecah RM4.5 juta.
Naik taraf sekolah di Muar cecah RM1.5 juta.
Hampir seribu keluarga Muar sudah terima laptop dan tablet untuk anak-anak Muar dapat belajar dengan lebih baik.
I will never stop working for the people of Muar!
50 more laptops this week!
Kos x1 RM1300.
Model:
Asus A416M
Intel Celeron
4GB RAM
256GB SSD
Window 10 + 2-year WarrantyI don't care which race, religion & party they support, as long as they're in need, I WILL HELP THEM ALL. pic.twitter.com/Q9k1eWJqP8
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) January 29, 2021
Semua ini juga berjaya dibuat dengan sokongan dan berkat doa semua orang. Saya hanya seorang diri, tak boleh nak buat semua dengan sempurna. Mana yang saya boleh buat, saya buat.
Sampai hari ini, saya masih lagi suka pergi rumah ke rumah dan jumpa dengan rakyat Muar. Kalau ada rezeki, saya akan teruskan selagi kudrat masih bersisa.
Saya tidak sempurna.
Banyak lagi hal yang perlu saya belajar. Kalau orang tegur, saya hargai sangat.
Kadang-kadang saya memang terharu tengok pakcik makcik Muar tadah tangan doakan kemudahan saya bekerja.
Amin ya Rabbal al Amin. Harapan saya adalah keluarga Muar tak susah, tak lapar dan tak sakit.
Terima kasih sokong Muar. Kerja tetap kerja!