6 November 2020: Menteri Kewangan umum di dalam perbentangan Belanjawan 2021 bahawa kerajaan akan beri 150,000 laptop kepada pelajar dengan jumlah peruntukan RM150 juta.
27 Januari 2021: Kerajaan janji akan cepatkan pemberian laptop ke bulan Februari untuk pelajar.
6 Jun 2021 (hari ini): Menteri Pendidikan umum kerajaan baru sahaja beri 12,887 unit peranti kepada pelajar. Sasaran kerajaan untuk habiskan pemberian ini pada hujung September 2021.
Hujung tahun.
Saya nak tanya, Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan sedar tak sejak umum bantuan laptop ini, negara sudah habis buat PKP 1.0, PKP 2.0 dan sekarang sudah PKP 3.0?
Sekolah yang tutup sepanjang tahun lepas, buka semula sekitar bulan Mac dan dah tutup semula sekarang, laptop belum sampai-sampai?
Kata Menteri, semua akan selesai diberi menjelang hujung September 2021. Maksudnya, satu tahun penuh ramai lagi pelajar terpaksa tunggu. Bila pelajar nak belajar kalau kena tunggu sampai hujung tahun?
Dah masuk bulan Jun, baru agih 12,887 peranti kepada pelajar. Kerajaan jangka siap bagi akhir September 2021. Mengarut betul.
Dekat Muar saya dah agih hampir 1,000 laptop dan tablet. PKP 3.0 ini akan bagi lagi 300 tablet.
Kenapa kerajaan lambat sangat bekerja ni? pic.twitter.com/fVWVEcCXNG
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 6, 2021
Kita dalam krisis pendidikan. Terlalu ramai pelajar yang ketinggalan dalam kelas. Banyak sangat pelajar yang terputus bekalan pendidikan kerana kesempitan wang, hidup dan tiada peranti bantu belajar.
Tapi Menteri lihat hal ini dengan mudah.
Tunggu sahaja hujung tahun untuk kita sempurnakan janji beri laptop. Susahlah kalau macam ni.
Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan harus terus terang kenapa lambat sangat nak beri laptop? Adakah hal bekalan tak cukup, atau duit peruntukan belum diproses?
Ramai sangat dah tertanya-tanya. Ini belum kita tengok satu-satu kualiti peranti yang diberikan. Laptop pun tak sampai-sampai.
Jenuh nak tunggu Menteri bekerja.